Alhamdulillah dapat listing order dari my sister.... penuh list satu muka surat nama-nama anak muridnya yang mengorder... Tapi ada satu masalah! Semenjak dua menjak ni badan cepat letih lee.. balik keje je nak tido... pembawakan budak agaknya... awal-awal pregnant ni penat nak layan.. masa 1st time dulu takde la seteruk ni.. yang 2nd ni lain macam sikit. Banyak kerenah! Tapi alhamdulillah, Allah nak kasi kan... Mudah-mudahan murah rezki... Amin
Papepun chiayok!!! semangat kena ada!!
Sunday, 7 October 2012
Monday, 10 September 2012
KRAF FELT
Sunday, 2 September 2012
KETAM OH KETAM......
Sumber Dari Encik Google |
Salam.... selepas puas bercuti dari hari Jumaat sampai Ahad, mood nak bekerja pun sedikit merudummmmm!! Tapi tugasan di meja kat opis ni aduyaiiii........ ops! entry kali ni bukan nak cerita pasal koje2 tu sume, tapi nak citer pasal ketam yang semalam berjaya dibawa pulang dari Memori Perkampunganku.... Kampung Tanjung Langsat..
Semalam keluarga dari kampung datang, tujuannya nak g jejalan kat laut (tanjung balau, kot) tapi plan bertukar... kitorang kena pergi ke Kg Tanjung Langsat yang merupakan tempat permainan masa kanak-kanak dulu... memori sungguh!! Ada kematian, kawan baik abah kat sana dulu... memang kalau takde apa aral, setiap tahun kami akan menziarahi beliau... Al-fatihah untuk beliau...
Selepas mengunjungi beberapa buah rumah kenalan abah dan mak, kitorang g lah kat jeti, abang saya memang suke makan ketam, mak pun ushakanlah ngan kawan dia (kebetulan jumpe kat jeti tu) dapatlah 3kg.. mak sekilo, abang saya sekilo, dan saya ambik sekilo... semangat betul abang saya nak masak ketam tu... sempat jugalah minta resepi kat dia.........sedapnye kan dapat makan ketam!!!
Tapi, yang menyedihkan, saya tak pandai dan tak pernah masak dan bersihkan ketam!!!! Uwaaaaaaaaaaaa (makan tu. pandailah) tapi, usaha kan tangga kejayaan... balik nanti akanku kerjakan ketam2 tu........ Wahai suamiku, terimalah seadanya persembahan KETAM tu nanti ye......
Wednesday, 29 August 2012
Order dari Cik Aqilah
Order dari Cik Aqilah : Belian borong 110 pcs :- 50pcs bunga fabric, 30pair hairclip fabric, 15pcs colourfull hairclip bunga kait, dan 15pair small hairclip.. final checking dan akan di pos pada 24.08.12 insyaallah....SIAP!!! dah pos pada tuannya.... harap sampailah ye...Sorry, tak sempat nak snap gambar order, sebab nak kejar POSLAJU... Tapi, kalau nak tengok gambar-gambar, klik je pages kat atas nu... Terima kasih daun keladi ye Cik Aqilah...Harap Cik Aqilah sukelah ye dengan order yang dihantar... Kalau nak order lagi, kite alu-alukan...
Tempahan Kak Zura
Salam Aidilfitri semua...
Masuk bulan Ramadhan yang lepas, rezeki yang diterima alhamdulillah... tak menang tangan nak buat...
Mudah-mudahan dapatlah siap mengikut perancangan.. Kat bawah ni kite baru nak update gambar tempahan Kak Zura aritu, harap-harap dia sukelah yek...
Order dari Pn Zura : jahit manik pada baju raya ala-ala Lisa Surihani... dah siap dah.. jom tengok gambar..
Order dari Pn Zura : jahit manik pada baju raya ala-ala Lisa Surihani... dah siap dah.. jom tengok gambar..
HARI KEMERDEKAAN
Sejarah Tercipta |
Anak Merdeka |
Tanggal 31 Ogos hampir tiba lagi... Yea...... cuti lagi!!!! Ade ke tak agaknya jemputan rumah terbuka sempena cuti ni yek??? Emmmm... kalau jemputan belah husband, confirm kena ikut... kalau tak ikut, tak leh, cian pulak dia kena g sorang2... nantikan orang kate, macam takde wife plak.. Kalau pergi, kenalah siapkan stamina untuk menjadi pengejar Aisyah Humaira yang dah terserlah bakatnya untuk menjadi pelari pecut beribu-ribu kilometer negara.... ponat den....huhuhu
31 Ogos juga teringat pada kenangan semasa menjadi guru ganti kat Felda Jelai, Negeri 9 tahun 2004 (kalau tak silap)... mengajar budak-budak darjah 2 dan darjah 5 membuat persembahan nyanyian lagu patriotik... sungguh seronok bila mereka memberikan kerjasama... yelah, menyanyi, siapa-siapa pun suka tak... tapi yang frustnyer masa tu, kita dah sebuk mengajar, (siap dengan gaya, mutu, keunggulan lagi tau)... tapi masa diorang perfom kita tak dapat tengok sebab kontrak kita masa tu dah abes, dan kena naik Shah Alam untuk urusan Konvo... Tapi, yang bestnya bila ada sorang student tu call bagitahu diorang menang nombor dua... jadilah kan....
Sume tu kenangan yang sangat-sangat manis untuk dibuang, kan... so, kite keep je kat pendrive diri kite... huhuhu... SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
Monday, 27 August 2012
KRAF FELT
Malam tadi saya baru siap memotong huruf-huruf untuk dijadikan keychain berasaskan kain felt. Sebenarnya baru nak berjinak-jinak dengan kain felt ni... Order dari kedai http://www.untukmuibunadia.blogspot.com/ kain felt kat sini lebih murah berbanding kedai lain... Kain tu sampai sebelum raya lagi, tapi sibuk beraya... baru malam tadi sibuk mengerjakan kain-kain tu...
Tengok felt yang berwarna-warni tu, lampu kat atas kepala ni sebuk la bernyala-nyala (macam banyak sangat idea huhuhu...) kat kepala dah macam-macam fikir apa nak buat dengan felt-felt ni, tapi apakan daya, tangan cuma dua je...... :(
Insyaallah, dah siap nanti saya update yek....
Thursday, 23 August 2012
KEMBALI BEROPERASI
Selamat Hari Raya Aidilfitri..... Authentichandmade kembali beroperasi setelah sakan bercuti raya... :) Kepada yang membuat tempahan, insyaallah saya akan buat final check order hari ini dan akan dipos esok pagi...Harap sabar menunggu ya... Terima kasih atas order yang dibuat... Terima kasih daun keladi ya.... :)
Wednesday, 15 August 2012
Bercuti Aidilfitri
Salam semua...
Nak buat pengumuman sikit... AuthenticHandmade akan bercuti dari hari Sabtu hingga hari Rabu sempena menyambut hari lebaran... setiap email dan order pada hari-hari yang dinyatakan kalau lambat reply kami menyusun jari mohon maaf... Insyaallah, kami akan membalas segala email selepas pulang bercuti nanti ya...
Akhir kata, kami di AuthenticHandmade ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran... Jom balik kampung!!!!!!

Monday, 9 July 2012
Special Gift 4 Followers
Salam....
Kami di AuthenticHandmade ingin memberikan gift untuk anda yang sudi menjadi followers blog kami!!
Senang saja... ikut step di bawah ya...
1. Sign in untuk jadi salah seorang followers kami
2. Tinggalkan email anda pada comment di bawah (PENTING UNTUK KAMI
MENGHUBUNGI ANDA) Jangan risau, email anda saya tak akan publish kat
dalam comment entry ni....:) Jika anda tidak meninggalkan email anda, kami
beranggapan bahawa anda tidak berminat dengan tawaran kami....:( :( :(
3. Tunggu pihak kami menghubungi anda melalui email untuk pengesahan pos
4. Tunggu posmen depan rumah anda untuk menerima SPECIAL GIFT dari kami
Senang je kan...... apa tunggu lagi?! Joint sekarang!! Opssssss... anda yang pertama akan menerima special gift yang teramat SPECIAL!!! Yang lain pun Special jugak....
Dan........ sebagai member, anda layak menikmati kelebihan dan ganjaran yang akan kami beritahu dari semasa ke semasa....Jom follow!
TARAAAAA..........

*******************************************************************************
TARAAAAA..........
Survenir ni adalah milik Cik Rose Aneyna!! Tahniah Cik Aneyna adalah member pertama kami!! Terima kasih dan berjuta penghargaan buat Cik Aneyna kerana sudi bersama kami... harapan kami agar Cik Aneyna berbesar hati dan gembira menerimanya..
Sebentuk Brooch dan Keychain
Ia telahpun dihantar kepada tuannya dan harap-harap sampailah kepada yang empunya...
Monday, 4 June 2012
SEPATAH KATA
Kami dari Authentichandmade berbesar hati kerana anda sudi menjengah ke blog kami yang tak seberapanya ini... Wujudnya blog ini adalah di atas cinta kami terhadap seni kraftangan.. Kami juga sedia menerima tempahan dan menjual kraf yang telah kami hasilkan...Untuk tempahan, anda boleh email kepada kami di alamat email yang tertera...Sudi-sudilah menjamu mata ya...
Subscribe to:
Posts (Atom)